Roti Canai. Bahan-Bahan: 3 cawan tepung gandum 1 biji telur ½ cawan susu segar 3 sudu besar minyak 3 sudu besar marjerin Sedikit air untuk menguli - PDF

Description
Roti Canai : 3 cawan tepung gandum 1 biji telur ½ cawan susu segar 3 sudu besar minyak 3 sudu besar marjerin Sedikit air untuk menguli Cara: Campur tepung, telur, susu dan marjerin hingga lembut sambil

Please download to get full document.

View again

of 33
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Information
Category:

Design

Publish on:

Views: 37 | Pages: 33

Extension: PDF | Download: 0

Share
Transcript
Roti Canai : 3 cawan tepung gandum 1 biji telur ½ cawan susu segar 3 sudu besar minyak 3 sudu besar marjerin Sedikit air untuk menguli Cara: Campur tepung, telur, susu dan marjerin hingga lembut sambil dicampur air sedikit-sedikit. Bahagikan pada ketul-ketul kecil dan perap dengan minyak masak. Biar semalaman. Canai dan leperkan nipis-nipis. Panaskan kuali dan goreng. Bila masak, angkat dan tepuk-tepuk. Makan bersama kari ikan, kuah dal dan sambal tumis. Murtabak Krackers Bahan-bahan 500 gram biskut tawar CREAM CRACKERS 1 besen air 8 biji telur (jika kurang, tambah lagi) dikocak dengan sedikit garam dan lada putih 2 biji bawang besar, didadu kecil 3 biji lada merah, dirampai 3 biji lada hijau, dirampai 1 pokok daun sup, dirampai 1 pokok daun bawang, dirampai 1 loyang kek, sapu sekeliling dengan mentega, alas dasarnya dengan kertas kek 500 gram daging cincang, disanggar 1 sudu makan rata rempah kari daging/rempah beriani siapkan dagingnya Sedikit lada putih dahulu Sedikit garam Cara Persediaan CARA UNTUK MASAK DAGING Sanggar daging dengan rempah, garam dan lada putih. Angkat dan ketepikan. CARA MELAPIS MURTABAK Rendam beberapa keping biskut didalam air. Angkat perlahan-lahan dan tekap supaya airnya keluar. Atur didalam loyang. Ulang sehingga lapisan pertama berisi penuh dengan biskut. Tabur rata diatas lapisan pertama biskut tersebut, sedikit daging. Tabur pula diatasnya sedikit hirisan lada merah dan hijau. Ini diikuti dengan bawang dadu dan hirisan daun sup dan daun bawang. Curah rata sekelilingnya sedikit telur. Seterusnya buat lapisan kedua, dan ulang seperti yang dibuat untuk lapisan pertama. Buatlah beberapa lapisan, sehingga habis semua bahan-nya. Tetapi untuk lapisan terakhir, haruslah biskut sahaja diatas. Tuang sedikit telur diatas lapisan terakhir. Setelah lengkap semua lapisanya dibuat, barulah dibakar didalam ketuhar, dengan suhu 160 darjah sehingga masak. Setelah masak, keluarkan dari ketuhar. Biarkan sejuk, baru dikeluarkan dari loyang dan dipotong. Enak disajikan dengan sos cili dan tomato. Sumber: Mami Asmah Laili MILK LOAF Sumber: Diana Arshad Gambar Sumbangan: Diana Arshad Bahan-bahannya 500 gram tepung roti 300 ml susu segar 2 sudu makan shortening 1 1/2 sudu teh garam 4 sudu besar gula caster 2 sudu teh yis Cara-caranya 1. Masukkan semua bahan-bahan dalam breadmachine dan tekan setting BASIC. Diana menggunakan MEDIUM crust, jadi kulit roti tidak terlalu cerah dan tidak terlalu gelap. 2. Selepas dibakar, sapu dengan mentega dan hidangkan panas2 bersama kopi/ teh. Sapu mentega, jam, peanut butter pun sedap. French bread/baguttes/roti Perancis & Garlic paste 360g tepung roti 90g tepung halus 1 camt garam halus 1 camb gula 1 camt improver 1 camt softener 3 camt yis Gaul bahan di atas hingga sebati 250g air 10g shortening 1) Bahan yang dah digaul diuli dengan air hingga menjadi doh licin. 2) Masukkan shortening dan uli lagi hingga doh betul2 licin dan tak melekat di tangan. 3) Bahagikan doh kepada 3 bahagian 240g each. 4) Bulatkan doh dan biarkan seketika 10 minit. 5) Canai doh kepada segiempat dan gulung doh. Biarkan rehat 45 minit. 6) Beruskan air 2 kali pada permukaan doh. Kelar sedikit doh dipermukaan. 7) Masukkan loyang berisi air pada bahagian bawah dan loyang berisi doh di bahagian atas (steam bake). 8) Bakar roti selama 12 minit pada suhu 190. Keluarkan loyang air. Terus membakar selama 10 minit lagi. Untuk garlic paste 4 ulas bawang putih (tumbuk kasar)- boleh lebihkan ikut selera 1/4 camt serbuk lada hitam - boleh lebihkan ikut selera 1/4 camt garam dried parsley secukupnya - boleh beli kat kedai bahan kuih 125g butter Gaul semua bahan di atas hingga sebati. Cara nak buat garlic bread. 1) Potong serong roti perancis tadi. 2) Sapu garlic paste dipermukaan roti. 3) Bungkus roti dengan aluminium foil dan bakar 180 hingga garing atau selama 15 minit. DONUT SIFU SURIA Sumber: Sifu Suria Bahan A: 3 cawan tepung 3 tbsp tepung susu - guna yg dijual kat kedai bakery, as advised by sifu 3 tbsp shortening 3 tbsp gula pasir halus - saya biasa guna gula kaster Bahan B: 200 ml air suam* 2 tsp instant yeast* - Kalau nak guna Mauri-pan, tak boleh perap lebih dr 1/2 jam - takut liat. Tak gitu, sifu??? 20 ml air - sbg tambahan jika perlu Cara menyediakannya: Bancuh bahan B*, masukkan ke dalam bahan A. Masukkan air tambahan. Uli 5 minit, terus terap atau buat bulat-bulat, letak cheddar cheese di tengahtengahnya. (utk 1 cawan tepung, saya dapat 8 donut & saya guna sliced cheddar cheese; 1 keping bahagikan pada 8 bahagian - ikut sukalah ye..). Perap (selama lebih kurang ½ jam) then boleh goreng dengan api sederhana. BLACKPEPPER CHICKEN FILLING Bahan-bahannya 200 gm isi ayam - dipotong dadu 1 cawan sayur campur 2 sudu besar mentega 2 sudu besar tepong gandum 1/2 cawan atau lebih sikit susu segar 1 biji bawang besar - dipotong dadu 2 sudu besar minyak masak 1 sudu besar serbuk lada hitam (yang crack fresh punya lagi sedap) garam dan gula secukupnya Cara-caranya Perapkan isi ayam dengan serbuk lada hitam, garam dan gula. Tumis bawang besar hingga layu, masukkan ayam dan kacau hingga masak. Masukkan sayur campur. Kacau dan angkat. Dalam bekas lain, cairkan mentega. Taburkan tepong gandum. Kacau hingga menjadi pes. Api jangan terlalu besar, nanti hangus. Masukkan susu segar, kacau hingga menjadi pekat. Kemudian masukkan campuran ayam tadi, gaulkan dan tambah garam dan gula secukup rasa. Angkat dan sejukkan. Sedia untuk digunakan. COKLAT FILLING Bahan-bahannya 100 gram coklat masakan 75 gram whipping cream 1/2 sudu teh mentega Cara-caranya Caranya mudah saja masak whipping cream dengan api sederhana bila dah mendidih buble-buble kecil, padamkan api, masukkan chocolate yang telah dipotong kecil-kecil. Kacau sehingga ketulan chocolate tu cair. Biarkan ia sejuk dan sebaiknya sediakan satu hari lebih awal dan simpan dalam peti sejuk. Bila isi dalam donut filling dah agak keras sikit jadi mudah kalau tidak cair susah nak isi. Butter Bread Puding 1 Bungkus roti gardenia - 12 keping roti gardinea Butter 1 Kotak Mix fruits 3 biji telur 1 1/2 susu kotak Dutch Lady Esen vanilla 3 sudu Gula Methods Sapu acuan berbentuk 4 segi dgn butter supaya tidak melekat. Ambik setiap satu roti tadi and sapukan dgn butter pada bhgian depan dan belakang roti. Susun dlm acuan, taburkan pula Mix Fruit. Buat berselang seli (roti n mix fuit) sehingga habis. Pukul telur dgn susu, campurkan gula dan esen vanilla. Tuang adunan pada roti yg dah siap disusun dlm acuan. Pastikan sehingga roti nampak tengelam. Guna spatula, untuk pastikan semua bhg roti kena dgn adunan tadi. Bakar dlm 20 minit or hingga roti tadi dah keperangan dan berbau wangi. makan semasa panas. but orang Inggeris suka makan semasa sejuk dan dituang dgn susu or cream. Apple Bun Source: HugBear BASIC SWEET BUN DOUGH Ingredients (A) Bread flour 480 gm Plain flour 120 gm Caster sugar 110 gm Milk powder 20 gm Dry yeast 4 tsp Bread Improver 1 tsp (optional) (B) Egg 1 no Cold water 300 ml (C) Unsalted butter 60 gm Salt 10 gm Method 1. Mix (A) till well blended (just use a spoon to stir to mix well). Add (B) to form a dough. Add in (C) and knead until dough is elastic and smooth. 2. Gather dough to form a ball and cover dough with cling wrap and let it rest for abt mins or double in size. 3. Divide dough into portions of 50 or 60 gm each. Shape into balls and leave it to rest for abt 10 mins. 4. Roll out dough and wrap with desired fillings. Shape as required and let it proof on lined or greased baking tray for another mins or until dough is double in size. 5. Egg wash dough. Bake dough at C for abt 12 mins NOTE: For those who would like to freezer unused dough. Stop at Step 3. After shaping dough into balls straight away keep the dough properly in container in the freezer compartment for later use. When ready to use, slightly flour the tabletop and take the dough out to thaw. When dough is thawed, roll out the dough and add in fillings and shape it. Leave it on baking sheet to prove for abt an hour or until it is double in size. Bake as per normal. Apple Filling (A) Source: Elaine 2 Big Apples cut into small cubes. 150g Sugar (adjust accordingly) Pinch of Salt 100ml Water 1 tbsp Lemon Juice Some Cinnamon Powder Apple Filling (B) 40g Cornflour 40ml water Apple Filling (C) 20g Butter Method: 1. Cook A till boiling. Add B mixture to A and cook till thickens. Remove from heat and add C. 2. Divide the baisc sweet bun dough into portions. Shape to balls and let it rest for 15 mins. 3. Roll the dough out flat to make rectangles. Place some apple fillings at one one and cut strips at the other end with a knife. Roll them up from the filling end. 4. Put on baking sheet and prove till then they double in size 5. Brush with egg wash and sprinkle with some cinnamon powder. Bake at 190C for 15 mins or till nicely browned. Glaze some butter on hot buns and serve. Cara-cara membuat Mixed Vege & Sausage Bun ROTI BOY (MEXICAN BUNS) Untuk 17 biji roti (setiap satu 55 gram) Bahan untuk Inti 200 gram mentega bergaram, dilembutkan 1/2 sudu teh esen vanilla 70 gram gula perang Bahan untuk Topping 200 gram mentega, dilembutkan 160 gram gula aising, diayak 3 biji telur besar, dipukul sedikit 1 sudu teh esen kopi (boleh didapati di kedai menjual bahan kuih, jika mahu boleh gunakan 2 sudu besar kopi segera dicampur dengan 1 sudu besar air) secubit serbuk kayu manis, boleh dicampur kedalam esen kopi 200 gram tepung serbaguna, diayak Bahan untuk Doh Manis 500 gram tepung roti, diayak 20 gram tepung susu, diayak 75 gram gula kaster 6 gram (1 sudu teh) garam 8 gram (1 1/4 sudu teh) yis segera 1 biji telur, dipukul sedikit 270 gram (270 ml) air atau susu segar (kalau sudah menggunakan susu tepung jangan guna susu tapi gunakan air) 60 gram mentega, dilembutkan Cara untuk Intinya Pukul mentega dalam mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan esen vanilla dan gula perang dan pukul hingga sebati. Tuangkan adunan kedalam mangkuk dan bekukan dalam peti sejuk. Bahagikan adunan inti kepada 10 gram dan bulatkan dan simpan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan. Cara untuk Topping Pukul mentega dan gula aising pada kelajuan sederhana selama 5 minit sehingga adunan ringan dan gebu. Masukkan telur sedikit demi sedikit. Masukkan esen kopi. Masukkan tepung dan putar pada kelajuan perlahan sehingga semuanya sebati. Masukkan kedalam piping bag dan sejukkan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan. Cara untuk Doh Manis Campurkan tepung yang telah diayak, gula kaster dan garam didalam mixer dan putar pada kelajuan perlahan selama 1 minit. Masukkan yis, telur dan air. Putar selama 1 minit pada kelajuan perlahan dan kemudian pada kelajuan sederhana selama 8 minit. Masukkan butter dan gaul hingga sebati selama 5 minit pada kelajuan sederhana sehingga adunan roti menjadi lembut dan licin. Kemudian bulatkan adunan setiap bahagian 55 gram (boleh dapat 17 bahagian). Bentukkan bulat. Tutup dengan kain lembab dan biarkan selama 10 minit. Cara untuk membuat Roti Boy Menggunakan telapak tangan leperkan adunan roti. Letakkan inti ditengan dan tutup dan kemaskan (mesti tutup betul kalau tidak sewaktu membakar inti akan terkeluar dan cair). Bentukkan bulat dan letakkan atas loyang pembakar yang telah disapu mentega. Ulangi untuk bulatan roti yang lain. Letakkan roti pada jarak 7.5cm diatas loyang pembakar. Ketepikan untuk diperap selama 45 minit didalam suhu suam. Pipe toppping diatas roti bentuk spiral (bulat-bulat) bermula dari tengah. Bakar pada suhu 200 darjah C selama minit atau sehingga roti kekuningan. Nota: Untuk Inti dan Topping buat setengah adunan sudah mencukupi. Selamat mencuba. HOME-MADE ROTI CANAI Sumber: Arlina Umar Gambar Sumbangan: Arlina Umar Bahan2 4 cwn tepung gandum 260 ml air 2 sm majerin/minyak sapi 1 bj telur 2 sm gula 1 st garam Cara: 1. Gaul tepung bersama bahan2 lain hingga menjadi doh yang licin & sebati. 2. Bulatkan adunan seperti dlm Pic 2 (satu adunan mejadi 10 kpg roti canai). Lumurkan dengan minyak/minyak sapi (biasanya leen guna majerin+minyak) 3. Adunan hendaklah dibiarkan supaya sebati sebelum dicanai. 4. Adengan menebar bermula (Pic 3)... klu tak pandai menebar just canai guna tangan & tarik di sekeliling dulang (Pic 4). 5. Perang satu bhg tepi adunan & bulatkan spt Pic 5 (tang nie tak dapat nak snap coz dua2 belah tangan dah berminyak... heheee) 6. Panaskan kuali, leperkan adunan tadi & goreng mcm biasa. ROTI NAN Sumber Hjh Kamariah 1kg tepong 2 sudu besar planta 2 sudu besar susu pekat 1 biji telur 1 bungkus yis kering atau lebih kurang satu sudu besar Air Kelapa 1 cawan (optional) boleh guna air biasa kalau tak mahu 1/2 sudu teh camca garam 3 sudu besar gula pasir 1 cwn air biasa Susu dan telur dikacau Rendam Yis dalam air kelapa Uli semua sekali ngan tepung tu dan campur air skit-skit tengok kelembutan adunan. Sebelum uli dalam bekas besar tu.. seletkan marjerin kat besen tu dan baru uli... dah uli tu.. hentak-hentak sama dia.. (ni uli tangan lerr ekkk) kalau guna breadmaker masuk jerr. Pastu untuk roti ni tak payah tunggu naik...bahagi-bahagi jer ke 24 atau 26 bola dan terus tepek... tempat tepek tu mesti sapu mentega skit ehhh...sambil tepek tu dia dah mula naik... pastu goreng setengah masak kalau nak frozenkan... tak payah goreng guna minyak lagi... bila nak makan.. guna toaster boleh... guna microwave boleh... guna kuali semula pun boleh... buat pizza base pun boleh... Roti Syria-Garlic Bahan-bahannya 1 1/8 cawan air 2 sudu besar minyak sayuran 1/2 sudu teh gula 1 1/2 sudu teh garam 3 cawan tepung serbaguna / tepung gandum 1 1/2 sudu teh yis kering aktif (mauripan) Cara-caranya masukkan semua bahan ke dalam breadmaker & gunakan fungsi 'dough' untuk menguli. bila dah habis uli & doh dah naik, keluarkan dari breadmaker & bahagi kepada 8 bahagian. bulatkan setiap bahagian. tutup doh yang telah dibulatkan dengan tuala yang lembab. biarkan sebentar (lebih-kurang 15 minit) di tempat yang panas & tak terdedah kepada angin. panaskan ketuhar ke suhu 240c. canai doh menjadi bulatan selebar lebih-kurang 8 inci. bakar dalam loyang (tak perlu lengser/alas) selama 10 minit hingga ia menggelembung & berwarna kekuningan. siap untuk dihidang. Nota : kalau nak jadikan ala2 garlic naan, sapu permukaan roti dengan sedikit margerin. kemudian, sapu/tabur sedikit bawang putih yang telah dicincang/dikisar halus (kalau kisar, jangan guna air) Himpunan Resipi Roti - Chef Wan SKON OAT DAN CURRANT 1 1/2 cawan tepung roti 3/4 cawan emping oat 1 sudu besar serbuk penaik 1/4 cawan gula 1/4 cawan mentega sejuk, dipotong kecil-kecil 1/4 cawan krim pekat 2 biji telur, dipukul rata-rata 1/2 cawan currant mentega dan jem buah-buahan untuk menghidang 1. Bubuh tepung, emping oat, serbuk penaik, dan garam ke dalam mesin memproses makanan. Pukul sebentar. Dengan enjin mesin masih hidup, masukkan mentega dan pukul lagi sehingga adunan menjadi serupa serbuk roti kasar. Biarkan adunan di dalam mesen. 2. Bancuh krim dengan telur di dalam mangkuk lain dan tuang ke dalam adunan tepung dengan enjin mesin dihidupkan. Pukul sehingga adunan menjadi doh. 3. Uli doh dengan currant rata-rata di atas papan canai yang ditabur sedikit tepung. Bentukkan doh menjadi bulatan setebal 2.5cm. Toreh bentuk baji di permukaan skon. Bakar di atas dulang pembakar tidak bergris pada 180darjahC/ 360darjahF, selama 15 minit sehingga skon kuning keemasan. Hidang dengan mentega dan jem buah-buahan. Catatan Chef Kadangkala disebabkan oleh telur yang terlalu besar, tepung yang lembap dan kelembapan keadaan dapur, doh akan menjadi sedikit melekit. Jika keadaan ini terjadi, tambahkan sedikit lagi tepung. ROTI TOCANG SWITZERLAND 680 gm tepung roti 15 gm yis kering 430 gm susu suam 1 sudu teh gula halus 2 sudu teh garam 30 gm mentega 1 biji telur, dipukul sedikit 2 sudu besar bijan untuk menghias minyak jagung + 1 biji telur untuk hiasan Larutkan yis, susu dan gula. Masukkan 170gm tepung roti, dan kacau bersama yis sehingga naik 3 kali ganda. Masukkan tepung selebihnya, garam dan mentega, gaul sehingga rata. Alih doh ke papan canai dan uli. Bubuh dalam mangkuk yang disapu minyak,tutup dan biarkan 1 ½ jam untuk naik sekali ganda. Tumbuk doh, uli sekejap dan bahagi 3 bahagian. Gulung memanjang setiap satu 40cm. Apitkan ketiga-tiganya di atas dulang pembakar bergris dan tocangkan. Kemaskan tepi-tepinya. Jangan ditocang terlalu ketat. Tutup doh dengan kain selama ½ jam untuk naik sekali ganda. Sapu doh dengan telur, tabur bijan dan bakar selama antara 15 hingga 45 minit, pada suhu 180 darjah C/ 360 darjah F, sehingga kuning keemasan. ROTI RAKYAT PERANCIS 2 cawan air suam 1 sudu besar yis kering aktif 1 sudu besar gula halus 2 sudu teh garam 4 cawan tepung roti mentega dicairkan untuk mengglis 1. Bancuh air suam, yis, gula, garam dan tepung. Uli dan tutup dengan kain. Biarkan naik sekali ganda. 2. Tumbuk doh, tabur sedikit tepung dan bahagi doh kepada dua bahagian. 3. Bentuk doh menjadi bulat bujur. Letak di atas dulang pembakar dan biarkan selama 15 minit supaya naik sekali ganda. 4. Sapu doh dengan air sejuk supaya ia garing dan taburkan tepung di atasnya. Bakar pada suhu 220darjah C/ 425darjah F selama 10 minit, kemudian rendahkan suhu kepada 190darjah C/ 375darjah F, dan bakar selama 20 minit sehingga masak. ROTI MANIS 15gm ragi 130ml susu segar suam panas 680gm tepung roti 110gm mentega 15gm garam 6 biji telur 1 biji telur + 1/4 cawan susu segar (bancuh rata untuk disapu diatas roti) 1 camca gula 1. Panaskan ragi, gula dan susu. Biarkan selama 10 minit. 2. Masukkan tepung, garam, telur dan mentega, uli selama 10 minit. 3. Biarkan naik 2 kali ganda, setelah itu tumbuk dan uli 10 minit lagi. 4. Bentuk bulat-bulat dan biarkan naik selama lebih kurang 30 minit. 5. Sapukan bancuhan susu segar dan telur di atasnya. 6. Bakar pada suhu 180darjah C/ 360darjah F, selama 20 minit. ROTI LABU LEMAK BERKISMIS 1 1/2 sudu besar yis kering aktif 1/4 cawan air dipanaskan 40darjah C/ suam-kuku 1 cawan labu lemak, direbus dan dilecek 1 cawan susu dipanaskan suam-kuku 3/4 cawan gula halus 2 1/2 sudu besar minyak sayuran 2 1/4 sudu teh garam 1/2 cawan kismis 4 1/2 cawan tepung gandum serbaguna/ tepung roti 4 sudu besar mentega tanpa garam, dicairkan untuk menglis Larutkan ragi dengan air suam-panas. Masukkan labu lemak, minyak, kismis, gula, garam dan susu ke dalam yis yang sudah dilarutkan. Gaul hingga sebati. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Gaul hingga sebati selama 10 minit. Alihkan doh ke mangkuk yang berminyak, tutup dengan kain, dan biarkan selama 1 jam supaya doh naik sekali ganda. Tumbuk doh dan uli di atas papan canai yang ditaburi tepung. Bentukkan bulat-bulat kecil. Biarkan selama 45 minit untuk naik sekali ganda. Bakar pada 180 C/ 360 F, selama lebih kurang minit. Catatan Chef: Labu lemak lebih baik dibakar daripada direbus kerana membakar memberikan aroma yang lebih baik. ROTI KENTANG JERMAN 4 sudu teh yis kering 1/2 cawan susu suam-suam panas 4 biji kentang berukuran sederhana (direbus dan dilecek) 350 ml air rebusan kentang 2 sudu besar minyak jagung 4 sudu teh garam gm tepung gandum serbaguna Larutkan yis dengan susu, kemudian masukkan tepung,garam, kentang dan air rebusan kentang sedikit demi sedikit. Gaul sehingga menjadi doh kental. Alih doh ke atas papan canai bertepung dan uli sehingga lembut dan kenyal. Bubuh doh semula ke dalam mangkuk, tutup dan biarkan di tempat panas selama 1 hingga 1 ½ jam agar doh naik sekali ganda. Tumbuk doh dan biarkan naik lagi selama 40 minit. Gris dua acuan roti bantal 23cm x 13cm. Bulat-bulatkan doh kecil-kecil. Bubuh dua barisan ke dalam setiap acuan. Biarkan doh naik sehingga ke bibir acuan. Bakar pada 200 darjah C / 390 darjah F selama 10minit, rendahkan suhu menjadi 180darjah C/ 360 darjah F, dan terus bakar selama 40 minit lagi sehingga roti masak. ROTI JAGUNG MANIS 3/4 cawan tepung gandum serbaguna 3/4 cawan tepung rye 1/2 cawan jagung kisar 3 sudu teh serbuk penaik secubit garam 2 biji telur 1/2 cawan gula halus 1/2 cawan mentega dicairkan 1 cawan susu sejat 1/2 cawan jagung berkrim 1. Campur lima bahan
Related Search
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks