Membangun Sistem Pemberian Amaran Awal: Lista de comprobación. Persidangan Antarabangsa Ketiga mengenai Pemberian Amaran Awal - PDF

Description
Persidangan Antarabangsa Ketiga mengenai Pemberian Amaran Awal Dari konsep kepada tindakan March 2006 Bonn, Germany Membangun Sistem Pemberian Amaran Awal: Lista de comprobación PENDAHULUAN Amaran

Please download to get full document.

View again

of 13
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Information
Category:

Genealogy

Publish on:

Views: 16 | Pages: 13

Extension: PDF | Download: 0

Share
Transcript
Persidangan Antarabangsa Ketiga mengenai Pemberian Amaran Awal Dari konsep kepada tindakan March 2006 Bonn, Germany Membangun Sistem Pemberian Amaran Awal: Lista de comprobación PENDAHULUAN Amaran awal adalah elemen penting dalam mengurangkan risiko bencana. Ia dapat mencegah kehilangan nyawa dan mengurangkan impak bencana terhadap ekonomi dan harta benda. Bagi memastikan keberkesanan sistem amaran awal, komuniti yang berada di kawasan bencana perlu dilibatkan secara aktif. Antara langkah- langkah yang harus dilakukan termasuk menyediakan kemudahan pendidikan dan kesedaran orang awam mengenai risiko bencana, menyebarkan pesanan dan amaran secara efektif dan memastikan komuniti berada dalam keadaan yang sentiasa bersiap sedia menghadapi bencana. Pada bulan Januari 2005, Persidangan Dunia mengenai Pengurangan Bencana bersetuju menerima resolusi Rangka Kerja Hyogo untuk Tindakan : Membangun Ketahanan Negara dan Komuniti terhadap Bencana. Ini termasuk rujukan jelas kepada pentingnya amaran awal, dan menumpukan pembangunan sebuah sistem amaran awal yang bertumpu kepada kepentingan orang ramai, atau lebih tepat lagi, sistem amaran yang tepat dan mudah difahami oleh mereka hidup dalam risiko bencana( ) termasuk bimbingan rmengenai tindakan yang harus diambil apabila amaran dikeluarkan( ) (perenggan 17, ii.d.9). Persidangan Antarabangsa Ketiga mengenai Amaran Awal (EWC III) yang diadakan di Bonn, Jerman dari Mac 2006 menyediakan peluang untuk pembentangan projek- projek amaran awal yang baru dan inovatif termasuk perbincangan mengenai bencana alam dan risikorisiko bencana di seluruh dunia dan bagaimana untuk mengurangkan impaknya melalui pelaksanaan sistem amaran awal yang bertumpu kepada kepentingan orang ramai. Dokumen bertajuk Membangunkan Sistem Amaran Awal: Satu Senarai Semak telah dihasilkan daripada resolusi persidangan tersebut, sebagai informasi dan rumusan perbincangan mengenai contohcontoh praktikal, serta menyokong pelaksanaan komponen- komponen Amaran Awal yang disenaraikan dalam Rangka Kerja Hyogo untuk Tindakan. Senarai semak yang dibentuk sekitar empat elemen penting sistem amaran awal, bertujuan untuk menjadi senarai mudah bagi elemen dan tindakan utama untuk rujukan pemerintahpemerintah negara atau organisasi- organisasi komuniti ketika membangun atau menilai sistem amaran awal, atau senarai ini mungkin berfungsi sebagai senarai semak bahawa prosedur penting sudah diambil kira dan dimasukkan ke dalam pembangunan sistem amaran awal. Ia tidak dihasratkan untuk menjadi buku panduan komprehensif, tetapi sebaliknya sebagai sebuah alat rujukan praktikal, bukannya teknikal, untuk memastikan elemen- elemen utama dan penting disertakan semasa pembangunan sistem amaran awal. Penghargaan Senarai semak ini telah dimulakan oleh urusetia Persidangan Antarabangsa Ketiga mengenai Amaran Awal dengan biayaan dana dari Kerajaan Jerman. Projek ini dilaksanakan oleh perunding Alison Wiltshire, yang berpusat di Pelantar ISDR bagi Promosi Amaran Awal (PPEW) di Bonn. Selain daripada maklumat yang dikumpulkan selama tempoh dua setengah hari persidangan, input substantif yang lebih ketara telah diterima daripada organisasi dan individu yang terlibat dalam penyampaian amaran awal dan pengurangan risiko bencana, dalam sistem antarabangsa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan selainnya. Ucapan penghargaan dan terima kasih diberikan kepada semua penyumbang kepada usaha- usaha kolektif ini, termasuk peserta-peserta dan pembentang projek Persidangan Antarabangsa Ketiga mengenai Amaran Awal yang secara terbuka berkongsi pandangan, kebimbangan dan pengalaman praktikal mereka mengenai bagaimana mencapai satu sistem amaran awal berkesan yang mengutamakan kemaslahatan orang ramai dalam pelaksanaannya. Negara-negara yang memilih untuk membangunkan rangka kerja perundangan polisi dan keinstitusian bagi pengurangan risiko bencana, yang kemudiannya berupaya menjejak kemajuan melalui penunjuk- penunjuk khusus dan boleh diukur, mempunyai keupayaan lebih besar untuk mengurus risiko dan untuk mencapai kata sepakat bagi, melaksanakan dan mematuhi langkah-langkah pengurangan risiko bencana yang melibatkan seluruh kehidupan masyarakat. Rangka Kerja Hyogo bagi Tindakan : Membina Ketahanan Negara dan Komuniti kepada Bencana, Perenggan 16. APA KANDUNGANNYA Dokumen ini bertujuan untuk membentangkan senarai semak yang pendek dan mudah mengenai oerkara- perkara asas, tindakan dan amalan berkaitan dengan sistem amaran awal yang berkesan. Tujuan senarai semak ini lebih untuk dijadikan bahan rujukan yang tidak teknikal dan bukannya satu senarai panduan ekstensif bagi merekabentuk sistem amaran awal. Bagaimana untuk Menggunakan Senarai Semak Ini Dokumen ini dibahagikan kepada dua bahagian yang saling berkaitan dan harus dibaca mengikut urutan. Seksyen pertama menerangkan latar belakang dan isu utama yang penting dalam sesuatu amaran awal. Bahagian kedua pula mengandungi satu siri senarai semak tindakan dan tindakan- tindakan praktikal yang harus dipertimbangkan apabila membangun atau menilai sistem amaran awal. 1. Elemen utama, isu- isu penting dan siapakah yang terlibat dalam amaran awal Satu bahagian ringkas yang menghuraikan empat elemen amaran awal: pengetahuan risiko; pengawasan teknikal dan perkhidmatan pemberian amaran, komunikasi dan penyebaran amaran, dan keupayaan masyarakat bertindakbalas, disertakan untuk memberi penekanan kepada komponen utama yang terkandung dalam sistem amaran awal yang memberi tumpuan kepada orang ramai, dan kenapa setiap satu adalah penting. Selain daripada empat elemen ini, beberapa isuisu kritikal yang penting kepada pembangunan dan kemantapan sistem amaran awal berkesan telah digariskan. Ini termasuk urus tadbir dan pengaturan keinstitusian, amaran awal yang berupaya mengesan bencana berbilang, penglibatan masyarakat setempat dan pertimbangan perspektif gender dan budaya yang pelbagai. 2. Senarai semak langkah- langkah untuk membantu dalam membangun, menilai dan menghalusi sistem amaran awal Untuk memudahkan pengguna, senarai semak berbeza telah dibangunkan bagi setiap empat elemen amaran awal. Satu lagi senarai semak telah disediakan untuk isu- isu berkaitan urus tadbir dan pengaturan keinstitusian kerana isu- isu ini amat penting bagi memastikan kemantapan sistem amaran awal dan penggunaannya yang berterusan. Setiap senarai semak dikumpulkan di bawah satu siri tema utama dan termasuk senarai tindakan Langkah- langkah yang dihuraikan akan menyediakan asas yang kukuh ketika membina atau menilai sistem pemberian amaran awal jika diikuti dengan betul. Banyak telah dipelajari daripada usaha pencegahan bencana kreatif komuniti miskin dalam negara membangun. Polisi pencegahan adalah penting untuk dibiarkan kepada kerajaan dan agensi antarabangsa sahaja. Untuk berjaya, ia mesti juga melibatkan masyarakat awam, sektor dan media. Kofi Annan Setiausaha Agung PBB Dekad Antarabangsa bagi Pengurangan Bencana Alam (IDNDR) Forum Program Geneva, Julai 1999 Menerangkan siapa yang terlibat dalam aktiviti amaran awal, termasuk peranan dan tanggungjawab mereka, untuk memberi sedikit konteks dan latar belakang yang lebih menyeluruh mengenai pihak- pihak penting yang disenaraikan pada permulaan setiap senarai semak. 1 SISTEM AMARAN AWAL YANG BERTUMPU KEPADA KEPENTINGAN ORANG RAMAI 1. Elemen Utama Objektif sistem amaran awal yang bertumpu kepada kepentingan orang ramai adalah untuk pemberdayaan individu dan komuniti yang diancam bahaya bagi bertindak secara wajar dalam ruang masa yang mencukupi, bagi mengurangkan kemungkinan tercedera, kehilangan nyawa,kerosakan harta benda dan alam sekitar. Sistem amaran awal yang lengkap dan berkesan terdiri daripada empat elemen yang saling berkaitan. Ia merangkumi segala aspek, daripada pengetahuan mengenai bahaya dan keterdedahan sehinggalah persiapan menghadapi bencana dan keupayaan untuk bertindakbalas semasa bencana. Sistem amaran awal yang paling baik mempunyai elemen yang terhubung kait antara satu sama lain dan saluran komunikasi yang berkesan. Pengetahuan Risiko Risiko timbul daripada kombinasi bahaya dan keterdedahan di lokasi tertentu. Penilaian risiko memerlukan kutipan data yang sistematik dan analisis data. Ia hendaklah mempertimbangkan sifat dinamik bahaya dan keterdedahan yang timbul daripada proses seperti pembandaran, perubahan penggunaan tanah luar bandar, degradasi alam sekitar dan perubahan iklim. Penilaian risiko dan peta membantu memberi moti vasi bagi mengutamakan keperluan dan menyediakan garis panduan sistem amaran awal bagi mencegah dan bertindak balas terhadap bencana. Perkhidmatan Pengawasan dan Amaran Perkhidmatan amaran terletak di teras sistem. Di situ, harus wujud asas sains kukuh bagi meramal dan menjangka bahaya. Sistem peramalan dan pemberian amaran terjamin tepat harus mampu beroperasi 24 jam sehari. Pengawasan berterusan ke atas parameter bahaya dan penentuan tanda terjadinya bencana adalah penting untuk menjana amaran yang tepat pada masanya. Perkhidmatan amaran bagi bahaya yang berbeza hendaklah diselaraskan sebaik mungkin untuk memanfaatkan penginstitusian prosedur dan perkongsian rangkaian komunikasi. Penyebaran dan Komunikasi Amaran Amaran haruslah sampai kepada mereka yang berada di dalam bahaya. Pesanan yang jelas dan mengandungi maklumat ringkas dan berguna Empat Elemen Penting Sistem Amaran Awal Yang Bertumpu kepada Kepentingan Orang Ramai Sumber: Pelantar UN/ISDR bagi Promosi Pemberian Amaran Awal adalah penting untuk membolehkan tindakbalas wajar yang akan membantu melindungi nyawa dan mata pencarian. Sistem komunikasi di peringkat serantau, nasional dan komuniti mestilah dikenal pasti dahulu dan kemudian satu suara pihak berkuasa harus ditubuhkan. Penggunaan saluran komunikasi berbilang adalah perlu untuk memastikan seramai mungkin orang dapat menerima amaran, juga untuk mengatasi masalah kegagalan mana-mana satu saluran dan untuk menguatkuasa kembali amaran tersebut. Keupayaan Bertindakbalas Adalah penting bagi sesebuah komuniti memahami keadaan risiko mereka, menghormati amaran dan mengetahui bagaimana untuk bertindak balas. Program- program pendidikan dan persediaan menghadapi bencana memainkan peranan penting. Adalah penting juga untuk memastikan rancangan pengurusan bencana disediakan, digunakan dan diuji dengan baik. Komuniti hendaklah diberi informasi mengenai cara- cara betindakbalas yang selamat, tunjuk arah dan pilihan jalan untuk ke kawasan yang selamat, dan bagaimana untuk mencegah kerosakan dan kehilangan harta benda. 2 2. Isu - isu penting Terdapat beberapa jenis pengaruh pertimbangan lain yang harus diambil kira apabila membentuk dan menyelenggarakan sistem pemberian amaran awal berkesan. Urus Tadbir Berkesan dan Pengaturan Keinstitusian Urus tadbir dan pengaturan keinstitusian yang ditubuhkan dengan baik dapat menyokong kejayaan pembangunan dan kemapanan sistem amaran awal yang kukuh. Ia merupakan asas kepada pengukuhan dan penyelenggaraan bagi empat elemen pemberian amaran awal yang digariskan sebelum ini. Urus tadbir yang baik dapat dipupuk melalui rangka kerja undang-undang dan regulatori anjal yang disokong oleh komitmen politik jangka panjang dan pengaturan keinstitusian berkesan. Suatu pengaturan urus tadbir yang efektif harus menggalakkan keputusan dan penglibatan dibuat secara lokal dan disokong oleh pentadbiran dan sumber lebih luas di peringkat nasional atau serantau. Komunikasi menegak dan mendatar dan koordinasi antara kesemua pihak yang terlibat dalam sistem amaran awal hendaklah ditubuhkan. Pendekatan Bahaya-Berbilang Seboleh- bolehnya, sistem amaran awal hendaklah dikaitkan dengan semua sistem yang dapat mengesan bahaya. Ekonomi mengikut skala, kemapanan dan kecekapan boleh dipertingkatkan sekiranya sistem dan aktiviti operasi ditubuhkan dan diselenggarakan dengan rangka kerja serba guna yang mempertimbangkan semua bahaya dan keperluan pengguna akhir. Melibatkan Komuniti Tempatan Sistem amaran awal yang memberi tumpuan kepada kepentingan orang ramai amat bergantung kepada penyertaan langsung orangorang yang berkemungkinan terdedah kepada bahaya. Tanpa penglibatan pihak berkuasa dan komuniti dalam bahaya, respons pihak kerajaan dan institusi semasa bencana tidak mungkin mencukupi. Pendekatan bottom-up kepada amaran awal melalui penyertaan aktif komuniti tempatan, membolehkan respons diperolehi daripada pelbagai aspek mengenai masalah dan keperluan. Dengan cara begini, komuniti tempatan, kumpulan sivik dan struktur pentadbiran tradisional boleh menyumbang kepada pengurangan keterdedahan dan kepada pengukuhan keupayaan tempatan. Pertimbangan Perspektif Gender dan Kepelbagaian Budaya Dalam pembangunan sistem amaran awal, adalah penting untuk mengakui bahawa kumpulan berlainan mempunyai keterdedahan berlainan mengikut budaya, jantina atau ciri-ciri lain yang mempengaruhi keupayaan mereka ntuk bersedia dan bertindakbalaks terhadap bencana secara efektif. Wanita dan lelaki selalunya mempunyai peranan yang berbeza di dalam masyarakat. Mereka juga mempunyai akses berbeza kepada maklumat dalam keadaan bencana. Selain daripada itu, warga tua, orang- orang kurang upaya dan orang- orang miskin selalunya lebih mudah terdedah kepada bahaya. Maklumat, pengaturan institusi dan sistem komunikasi amaran awal hendaklah disesuaikan bagi memenuhi keperluan setiap kumpulan dalam komunti yang terdedah kepada bahaya. Sistem amaran awal bahaya-berbilang akan diaktifkan dengan lebih kerap berbanding sistem amaran bahaya tunggal, dan dengan itu hendaklah menyediakan fungsi dan keboleh percayaan yang lebih baik bagi peristiwa terlalu bahaya, seperti tsunami, yang tidak kerap berlaku. Sistem bahaya berbilang juga boleh membantu orang awam memahami dengan lebih baik jenis risiko yang mereka hadapi dan memantapkan langkahlangkah persediaan dan tindak balas terhadap amaran yang diharapkan. 3 3. Siapakah yang terlibat? Membangun dan melaksanakan sistem amaran awal yang berkesan memerlukan sumbangan dan koordinasi pelbagai individu dan kumpulan. Senarai berikut menyediakan penerangan ringkas jenis-jenis organisasi dan kumpulan yang seharusnya terlibat dalam sistem amaran awal serta fungsi dan tanggungjawab mereka. Komuniti, terutamanya mereka yang paling terdedah, adalah asas kepada sistem amaran awal yang memberi tumpuan kepada kepentingan orang ramai. Mereka hendaklah terlibat secara aktif dalam semua aspek penubuhan dan pengoperasian sistem amaran awal, menyedari bahaya dan potensi kesan di mana mereka terdedah, dan berupaya mengambil tindakan untuk meminimumkan ancaman kehilangan atau kerosakan. Kerajaan tempatan, seperti komuniti dan individu, adalah pusat sistem amaran awal yang efektif. Mereka haruslah diperkuatkan oleh kerajaan nasional serta mempunyai paling banyak pengetahuan mengenai bahaya yang terdedah kepada komuniti setempat. Mereka harus terlibat secara aktif dalam rekabentuk dan penyelenggaraan sistem amaran awal. Mereka harus memahami maklumat mengenai panduan yang diterima dan berupaya untuk menasihati, mengarah dan melibatkan penduduk tempatan dengan cara yang mementingkan keselamatan orang awam dan mengurangkan kemungkinan kehilangan sumber komuniti itu bergantung. Kerajaan Nasional bertanggungjawab bagi polisi dan rangka kerja yang memudahkan amaran awal juga sistem teknikal yang meramalkan dan mengeluarkan amaran bahaya nasional. Kerajaan nasional hendaklah berinteraksi dengan kerajaan dan agensi serantau dan antarabangsa untuk mengukuhkan keupayaan sistem amaran awal, serta memastikan bahawa pemberian amaran dan respons berkaitan ditujukan masyarakat paling terdedah kepada bahaya. Penyediaan sokongan kepada komuniti dan kerajaan tempatan untuk membangun keupayaan pengoperasian juga merupakan fungsi yang penting. Institusi dan organisasi serantau memainkan peranan dalam penyediaan pengetahuan dan nasihat khusus yang menyokong usaha nasional untuk membangun dan mengekalkan keupayaan sistem amaran awal dalam negara- negara yang mempunyai struktur geografi yang sama. Selain itu, mereka menggalak perkaitan dengan organisasi antarabangsa supaya memudahkan penyampaian amaran awal berkesan di kalangan negara - negara yang berjiran. Badan-badan antarabangsa boleh menyelaraskan, memberi piawaian, dan dan menyokong aktiviti pemberian amaran awal dan menjalin pertukaran data dan pengetahuan antara negara individu dan serantau. Sokongan yang mungkin termasuk penyediaan maklumat nasihat, bantuan teknikal dan polisi serta sokongan organisasi yang perlu untuk membantu keupayaan pembangunan dan operasi pihak berkuasa atau agensi nasional. Organisasi bukan kerajaan memainkan peranan dalam meningkatkan kesedaran di kalangan individu, komuniti dan organisasi yang terlibat dalam pemberian amaran awal, terutamanya di peringkat komuniti. Mereka boleh juga membantu pelaksanaan sistem pemberian amaran awal dan penyediaan komuniti bagi menghadapi bencana alam. Selain daripada itu, mereka boleh memainkan peranan sebagai penasihat untuk membantu memastikan bahawa amaran awal dikekalkan dalam agenda penggubal polisi kerajaan. Sektor swasta mempunyai peranan berbeza dalam pemberian amaran awal, termasuk membangun keupayaan pemberian amaran awal dalam organisasi mereka sendiri. Media memainkan peranan penting dalam meningkatkan kesedaran bencana kepada masyarakat umum dan juga dalam penyebaran amaran awal. Sektor swasta juga mempunyai potensi yang besar untuk membantu menyediakan tenaga mahir dalam bentuk sumber daya teknikal, pengetahuan atau bantuan kewangan (dalam bentuk tunai dan bukan tunai) dari segi barangan dan perkhidmatan. Komuniti sains dan akademik mempunyai peranan penting dalam menyediakan input sains dan teknikal khusus untuk membantu kerajaan dan komuniti dalam pembangunan sistem pemberian amaran awal. Kepakaran mereka amat penting dalam penganalisaan risiko bencana alam yang dihadapi oleh komuniti, menyokong reka bentuk sistem pengawasan bencana yang saintifik dan sistematik, menyokong pertukaran data, menterjemah maklumat sains atau teknikal supaya menjadi pesanan yang boleh difahami, dan menyebarkan amaran yang mudah difahami oleh mereka yang berada di dalam bahaya. 4 Elemen Penting 1: PENGETAHUAN RISIKO Tujuan: Menubuhkan proses sistematik, dipiawaikan untuk mengumpul, menilai dan berkongsi data, memeta dan trend mengenai bahaya dan keterdedahan. Siapa yang harus terlibat Agensi pengurusan bencana nasional, nasional dan tempatan, organisasi metereologi dan hidrologi; pakar geofizikal; ahli sains sosial, jurutera perancang penggunaan tanah dan bandar, penyelidik dan ahli akademik, wakil organisasi dan komuniti yang terlibat dalam pengurusan bencana, agensi antarabangsa dan PBB seperti WMO, UN/ISDR, UNEP, UNU-EHS, UNOSAT, UNDP, FAO, UNESCO. Senarai semak 1. Satu susunan Organisasi Ditubuhkan Mengenal pasti agensi kerajaan utama yang terlibat dalam penilaian bahaya dan keterdedahan dan peranan mereka dijelaskan (contoh agensi yang bertanggungjawab bagi data ekonomi, data demografi, perancangan penggunaan tanah, data sosial dsb). Memberi tanggungjawab untuk menyelaraskan pengenalpastian bahaya,penilaian keterdedahan dan risiko kepada satu organisasi nasional. Memastikan perundangan atau polisi kerajaan yang memberi mandat dalam penyediaan peta bahaya dan keterdedahan bagi semua komuniti sudah tersedia. Pembangunan piawaian nasional bagi pengumpulan, perkongsian dan penilaian data bahaya dan keterdedahan data, dan diseragamkan dengan negara jiran atau serantau, di mana sesuai. Penentuan proses bagi pakar sains dan teknikal untuk menilai dan mengkaji ketepatan data dan maklumat data. Penyediaan strategi untuk melibatkan komuniti secara aktif dalam analisis bahaya dan keterdedahan tempatan. Penyediaan proses untuk mengkaji dan mengemas kini data setiap tahun, dan termasuk maklumat mengenai apa-apa keterdedahan dan bahaya baru yang timbul. 2. Bencana Alam Dikenal Pasti Menganalisis dan menilai data sejarah bagi ciriciri bencana alam yang penting, (contoh, kekuatan, kekerapan dan kemungkinan berulang) Penyediaan peta bahaya untuk mengenal pasti kawasan geograf
Related Search
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks